Perkembangan otak anak berlaku paling pesat dalam 5 tahun terawal kehidupan. Dalam tempoh ini, nutrisi yang tepat amat penting, termasuklah jenis susu formula kanak-kanak yang anda berikan setiap hari.
Ramai ibu bapa moden kini semakin peka terhadap kepentingan nutrien tertentu yang menyokong perkembangan otak dan kesihatan anak secara menyeluruh. Malah, pengambilan nutrien yang betul pada usia awal boleh memberi kesan positif yang berkekalan terhadap kebolehan belajar dan keyakinan diri anak.
Antaranya adalah pengambilan susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan nutrien seperti DHA dan MFGM kerana manfaatnya terhadap perkembangan otak dan emosi anak.
Tetapi apa sebenarnya fungsi DHA & MFGM ini? Dan bagaimana gabungan kedua-dua nutrien penting ini dapat menyokong anak anda membesar dengan lebih minda cerdas, sihat dan berkeyakinan sejak awal usia?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Kenapa 5 tahun terawal penting untuk perkembangan otak anak?
Tahukah anda bahawa lebih daripada 90 peratus perkembangan otak berlaku sebelum anak mencapai usia lima tahun?1
Tempoh ini digelar sebagai “golden window” - fasa kritikal untuk otak anak berkembang secara pesat, aktif membina sambungan saraf serta membentuk kemahiran bahasa, kawalan emosi dan keupayaan kognitif.
Fasa awal ini menentukan asas penting bagi IQ (kecerdasan intelek) dan EQ (kecerdasan emosi). Ia mempengaruhi bagaimana anak belajar, memberi tumpuan, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dengan dunia sekeliling1,2..

Rangsangan dan nutrien yang tepat penting untuk perkembangan otak anak.
Selain rangsangan seperti pelukan, bermain, dan komunikasi, nutrisi yang betul adalah kunci. Pemilihan susu dengan DHA dan MFGM boleh membantu menyokong perkembangan otak, emosi serta imuniti kanak-kanak sejak awal.
Apa itu susu dengan DHA dan MFGM & bagaimana ia menyokong otak anak?
Dua ramuan utama yang semakin mendapat perhatian dalam perkembangan awal kanak-kanak ialah DHA (Docosahexaenoic Acid) dan MFGM (Milk Fat Globule Membrane).
DHA adalah sejenis asid lemak omega-3 yang merupakan komponen utama struktur otak dan retina. Ia membantu meningkatkan daya fokus, kebolehan belajar serta keupayaan memproses maklumat3.
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menerima cukup DHA cenderung mempunyai prestasi mental lebih baik berbanding mereka yang kekurangan nutrien ini.
Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan kanak-kanak pada usia membesar mengambil sekitar 100–150mg DHA setiap hari, menjadikan pemilihan susu formula dengan tahap DHA yang tepat sangat penting4.
Manakala MFGM pula merupakan struktur kompleks yang terdiri daripada lemak dan protein. Komponen bioaktifnya menyokong penghantaran isyarat antara neuron serta pertumbuhan sel otak5.
Malah MFGM sahaja sudah mengandungi 7 jenis nutrien otak yang terbukti menyokong sambungan sel otak dan perkembangan otak secara holistik6.
Gabungan susu dengan DHA dan MFGM memberikan 8 nutrien sokongan minda yang terbukti dapat menyokong5,7,8,:
-
Fungsi kognitif (fokus, ingatan dan penyelesaian masalah)
-
Perkembangan EQ (empati, kawalan emosi dan interaksi sosial)
-
Kelajuan pemprosesan maklumat otak
-
Sistem imun dan kesihatan usus yang menyokong minda dan emosi

Bantu perkembangan IQ dan EQ anak dengan pemakanan bernutrisi.
DHA & MFGM dalam diet harian dan susu formula
DHA & MFGM boleh didapati secara semula jadi daripada sumber makanan seperti7,9,10:
-
Ikan berlemak (salmon, tuna, sardin) – kaya kandungan DHA
-
Telur – mengandungi kolin dan sedikit DHA
-
Hati ayam atau lembu – kaya dengan vitamin dan kolin yang menyokong otak
Namun begitu, bukan semua kanak-kanak mampu mengambil makanan ini secara konsisten kerana faktor cerewet makan, alergi atau diet tidak seimbang.
Dalam keadaan begini, ibu bapa boleh mempertimbangkan susu dengan DHA dan MFGM yang diformulasikan khas untuk menyokong perkembangan otak dan tubuh kanak-kanak.
Bagaimana susu formula kaya DHA & MFGM bantu anak anda?
Banyak susu formula kini diformulasikan khas untuk menyokong perkembangan minda dan tubuh kanak-kanak. Namun,tidak semua mengandungi MFGM dan tahap DHA yang disyorkan pakar.
Tip penting untuk ibu bapa11,12:
-
Semak dan baca label dengan teliti
-
Pilih susu formula kanak-kanak dengan DHA dan MFGM
-
Elakkan daripada membeli produk dalam senarai susu formula tinggi gula – kerana gula berlebihan boleh menjejaskan kesihatan gigi dan tabiat pemakanan sihat anak
Antara pilihan terbaik yang menggabungkan semua nutrien penting ini ialah Enfagrow A+ MindPro. Ia satu-satunya jenama dengan 8 nutrien sokongan minda — tahap DHA saranan pakar4 dan MFGM Pro dengan 7 nutrien sokongan minda. Ia menyokong lebih daripada sekadar perkembangan intelek anak.

Susu formula diperkayakan dengan Tahap DHA Saranan Pakar dan MFGM bantu menyokong tumbesaran anak.
Kelebihan Enfagrow A+ MindPro:
-
Menyokong sambungan berjuta sel otak untuk pembelajaran, fokus & pemikiran yang lebih baik
-
MFGM Pro membantu proses mielinasi (myelination), penting untuk penghantaran isyarat otak yang pantas
-
Mengandungi 2'-Fucosyllactose (2'-FL) untuk sokongan sistem imun
-
Tiada sukrosa tambahan
Enfagrow A+ MindPro hadir dengan dua pilihan:
-
Enfagrow A+ Langkah 3 (1–3 tahun) – dirumus khas untuk menyokong asas perkembangan otak awal kanak-kanak
-
Enfagrow A+ Langkah 4 (4 tahun ke atas) – dirumus khas untuk menyokong pembelajaran berterusan dan meningkatkan kebolehan intelektual serta emosi
Enfagrow A+ MindPro bukan sekadar susu formula, tetapi solusi sokongan nutrisi tepat yang membantu anak anda membina asas pembelajaran, pertahanan tubuh dan interaksi sosial yang lebih kuat sejak kecil.
Pilihan bijak dengan susu formula diperkaya DHA & MFGM
Dalam fasa penting 1–5 tahun terawal, setiap nutrisi yang betul adalah pilihan terbaik untuk masa depan anak.
Susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan nutrien utama sokongan minda seperti DHA, MFGM Pro dan komponen sokongan imun seperti yang terdapat dalam Enfagrow A+ MindPro boleh menjadi pilihan utama bagi ibu bapa yang mahu memberikan sokongan terbaik sepanjang fasa penting perkembangan anak
Susu formula kanak-kanak yang tepat bukan sahaja menyokong pertumbuhan fizikal, tetapi juga perkembangan minda cerdas, emosi lebih seimbang dan keyakinan diri yang lebih kukuh5,7,8.
Dengan asas pemakanan yang betul, anak anda bukan sahaja cerdas di sekolah, malah lebih bersedia untuk meneroka dunia dengan ceria.
Rujukan:
- Brain Development. https://www.firstthingsfirst.org/early-childhood-matters/brain-development/. Accessed on July 11, 2025.
- Critical Periods in Early Life. https://www.brainfacts.org/thinking-sensing-and-behaving/brain-development/2012/critical-periods-in-early-life. Accessed on July 11, 2025.
- Docosahexaenoic Acid. https://madsa.org.my/codex/UP8337476777187.
- Fats and fatty acids in human nutrition. https://www.fao.org/fileadmin/user_upload/nutrition/docs/requirements/fatsandfattacidsreport.pdf. Accessed on July 11, 2025.
- Veereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, Dewettinck K, Deboutte D, Brummer RJ, Boone M, Le Ruyet P. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012 Jul;28(7-8):749-52. doi: 10.1016/j.nut.2011.10.011. Epub 2012 Feb 3. PMID: 22305534. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/. Accessed on July 11, 2025.
- Slykerman R, Davies N, Fuad M, Dekker J. Milk Fat Globule Membranes for Mental Health across the Human Lifespan. Foods. 2024 May 24;13(11):1631. doi: 10.3390/foods13111631. PMID: 38890860; PMCID: PMC11171857. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/38890860/#. Accessed on July 11, 2025.
- Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Accessed on July 11, 2025.
- Maclean CH, Issa AM, Newberry SJ, et al. Effects of Omega‐3 Fatty Acids on Cognitive Function with Aging, Dementia, and Neurological Diseases: Summary. 2005 Feb. In: AHRQ Evidence Report Summaries. Rockville (MD): Agency for Healthcare Research and Quality (US); 1998-2005. 114. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK11893/. Accessed on July 11, 2025.
- Choline. https://nutritionsource.hsph.harvard.edu/choline/. Accessed on July 11, 2025.
- Quarles WR, Pokala A, Shaw EL, Ortega-Anaya J, Hillmann L, Jimenez-Flores R, Bruno RS. Alleviation of Metabolic Endotoxemia by Milk Fat Globule Membrane: Rationale, Design, and Methods of a Double-Blind, Randomized, Controlled, Crossover Dietary Intervention in Adults with Metabolic Syndrome. Curr Dev Nutr. 2020 Jul 25;4(9):nzaa130. doi: 10.1093/cdn/nzaa130. PMID: 32885133; PMCID: PMC7456308. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32885133/. Accessed on July 11, 2025.
- Sugars and dental caries. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/sugars-and-dental-caries. Accessed on July 11, 2025.
- Mahboobi Z, Pakdaman A, Yazdani R, Azadbakht L, Montazeri A. Dietary free sugar and dental caries in children: A systematic review on longitudinal studies. Health Promot Perspect. 2021 Aug 18;11(3):271-280. doi: 10.34172/hpp.2021.35. PMID: 34660221; PMCID: PMC8501477. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC8501477/. Accessed on July 11, 2025.