
Anak sakit perut mungkin bukan keadaan berbahaya, namun jika dibiarkan ia boleh menjejaskan hari mereka dan pastinya membuatkan anda berasa bimbang.
Ketidakselesaan perut boleh mengakibatkan anak tidak berselera untuk makan dan menjejaskan fokus mereka untuk belajar.
Pastinya anda akan cuba mencari cara mengatasi sakit perut pada anak, betul tak? Teruskan pembacaan untuk mengetahui solusinya.
Kenal Pasti Penyebab Ketidakselesaan Perut
Mengalami masalah ketidakselesaan perut adalah perkara biasa yang terjadi kepada ramai kanak-kanak.
Namun sebagai ibu bapa, sukar untuk memutuskan sama ada sakit perut yang dialami itu adalah normal atau melibatkan keadaan lebih serius.
Berikut merupakan antara punca paling biasa yang mengakibatkan anak sakit perut:
Masalah penghadaman
Menurut kajian, kekurangan aktiviti enzim enterokinase dan laktase yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk mencerna protein biasa dan laktosa1.
Enzim enterokinase merupakan sejenis enzim yang berfungsi memecahkan protein kepada bentuk yang lebih mudah untuk penghadaman dan penyerapan. Sementara, enzim laktase adalah enzim yang memecahkan laktosa.
Kesan daripada kekurangan enzim ini menyebabkan masalah penghadaman seperti cirit-birit berterusan, sekali gus boleh menjejaskan proses tumbesaran kanak-kanak2.
Perut berangin
Perut berangin dan kembung adalah perkara biasa untuk berlaku pada kanak-kanak di semua peringkat usia. Ia biasanya disebabkan oleh sesuatu yang dimakan atau diminum oleh anak3.
Biasanya masalah pencernaan ini akan tidak berbahaya dan akan sembuh tanpa sebarang rawatan.
Sembelit, antara penyebab anak sakit perut
Sembelit terjadi apabila anak kurang mengalami pergerakan usus atau najis keras dan kering5.
Pastikan anda berunding dengan doktor sekiranya anak tidak mahu makan, mengalami penurunan berat badan, berak berdarah atau sembelit berulang.
Tekanan atau kegelisahan
Dalam keadaan stres atau cemas, badan anak boleh mengeluarkan hormon kortisol ke dalam darah. Ia boleh mencetuskan kekejangan dan ketidakselesaan perut4.
Halangan usus
Merupakan sekatan yang menghalang makanan atau cecair melalui usus kecil. Ia boleh disebabkan oleh tisu parut, usus berpusing atau menyempit ataupun jika anak tertelan objek4.
Simptom yang biasanya berlaku adalah sakit perut yang datang dan pergi sekitar atau di bawah pusat, sembelit, sukar membuang angin, bengkak perut atau muntah.
Bawa anak untuk pemeriksaan doktor segera jika mengesyaki mereka mengalami keadaan ini.
Pemeriksaan Doktor Segera!
Walaupun kebiasaannya masalah anak sakit perut akan pulih sendiri, namun anda perlu membawa mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan segera jika4.
- Kesakitan teruk sehingga tidak boleh bergerak
- Kesukaran untuk duduk atau mencari posisi yang selesa
- Demam
- Berak berdarah
- Loya dan muntah berterusan
- Kulit kelihatan kekuningan
- Perut membengkak
- Kesakitan berlanjutan selama beberapa hari
Sementara itu, anda boleh membantu meredakan ketidakselesaan perut yang dirasai. Tetapi apakah cara mengatasi sakit perut pada anak?
Cara Mengatasi Anak Sakit Perut
Selalunya anda boleh membantu anak berasa lebih baik dengan mencuba remedi rumah dan melakukan perubahan gaya hidup ini:
Pengambilan air
Pastikan anak mengambil cecair mencukupi seperti air masak atau jus yang disejukkan bagi memastikan mereka terhidrat6. Ini akan membantu mengurangkan dan melegakan sakit perut yang dialaminya.
Haba
Letakkan botol air panas (dibalut dengan kain bersih) atau pad pemanas pada perut si manja semasa mereka berbaring atau duduk. Cara ini boleh meredakan sedikit kesakitan6.
Anda juga boleh memberikan si kecil mandian air suam sebagai cara mengatasi sakit perut anak.
Ini kerana haba meningkatkan aliran darah ke permukaan kulit dan boleh mengurangkan rasa sakit yang datang dari bahagian dalam perut.
Legakan anak sakit perut dengan teknik refleksologi
Untuk mencuba teknik refleksologi ini, pegang kaki kiri anak dengan telapak tangan kanan anda. Kemudian gunakan ibu jari tangan kiri untuk memberikan tekanan stabil dan sekata pada bahagian bawah jari kaki anak (under the ball of the foot)7.
Aktiviti fizikal
Melakukan aktiviti fizikal bukanlah remedi rumah tetapi ia boleh membantu memberikan kelegaan8 dengan merangsang saluran gastrousus.
Dengan melakukan aktiviti sederhana seperti berjalan dan berlari boleh memberikan kelegaan pada perut anak anda.
Diet BRAT bantu melegakan anak sakit perut
Pengambilan pisang, nasi, sos epal dan roti bakar (BRAT) boleh memberikan kelegaan pada anak jika mereka mengalami ketidakselesaan perut seperti cirit-birit9. Anda juga boleh memberikan anak oat.
Diet ini sesuai untuk anak yang tidak sihat dan mahukan sesuatu yang dapat memenuhi selera mereka. Untuk sementara waktu elakkan memberi anak produk tenusu, bergoreng atau berminyak.
Kepentingan Diet Bernutrisi Dan Seimbang
Sistem penghadaman yang sihat berkait rapat dengan proses pertumbuhan dan perkembangan anak. Ia memastikan nutrien daripada makanan diserap secara optimum.
Jika anak sakit perut, ia petanda mereka mengalami masalah penghadaman. Salah satu puncanya adalah usus tidak sihat.
Jadi bagaimana caranya untuk sistem penghadaman agar kekal sihat?
Berikan perhatian kepada diet pemakanan anak seperti amalkan pengambilan serat daripada sayuran dan buah-buahan, serta ambil cecair harian mencukupi agar anak kekal hidrat. Selain itu, pastikan anak bergerak aktif setiap hari10.
Pastikan juga anak mengambil makanan dan minuman yang bernutrisi, seperti susu formula kanak-kanak diperkaya protein separa hidrolisis (PHP).
Berita baiknya, terdapat susu formula kanak-kanak diperkaya dengan PHP, laktosa lebih rendah, MFGM dan DHA yang baik untuk tumbesaran serta kesihatan usus anak.
Kandungan protein separa hidrolisis (PHP) - protein yang dipecahkan kepada saiz lebih kecil dalam susu formula kanak-kanak, dapat memudahkan penghadaman dan proses penyerapan nutrisi anak.
Protein terhidrolisis ialah sejenis protein yang dihidrolisiskan kepada asid amino dan peptida11. Ia penting untuk tumbesaran anak yang membantu menyokong kesihatan usus dan sistem imun.
Susu formula kanak-kanak dengan kandungan laktosa lebih rendah boleh meningkatkan fungsi sistem penghadaman yang lebih baik, sekali gus mengurangkan risiko anak sakit perut12.
Laktosa lebih rendah diperlukan dalam diet anak bagi membantu penyerapan mineral tertentu seperti kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk perkembangan tulang dan gigi kuat13.
Kedua-dua nutrien ini, PHP dan laktosa dapat membantu anak yang mengalami kekurangan enzim enterokinase dan laktase.
Ini kerana dengan sistem penghadaman yang sihat, ia bukan sahaja dapat meningkatkan imuniti badan, malah menyokong kesihatan saraf dan mental yang lebih baik10. Ini sekali gus membantu anak untuk belajar tanpa gangguan dan menjadi lebih bijak.
Susu formula kanak-kanak diperkaya dengan MFGM ini juga dipercayai dapat membantu mengurangkan gejala demam dan membawa kepada kawalan tingkah laku lebih baik14.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), DHA penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Ini kerana ia membantu sel otak anak berhubung dan mempengaruhi fungsi pemikiran dan proses pembelajaran mereka15.
Tahap DHA dan MFGM bermanfaat bagi perkembangan saraf dan penglihatan anak. Ia turut menyokong perkembangan kognitif, sistem imun dan menjadikan anak lebih fokus.
Pemberian susu formula kanak-kanak yang diperkaya ini penting bagi memastikan anak terhidrat dan mengekalkan kesihatan sistem penghadaman mereka.
Selain itu, pemberian susu formula kanak-kanak yang diperkaya ini juga membantu perkembangan emosi (EQ) dan kecerdasan minda (IQ) kanak-kanak.
Amalkan Langkah Pencegahan
Masalah ketidakselesaan perut adalah perkara biasa yang dialami kanak-kanak. Anda boleh mencuba cara mengatasi sakit perut pada anak yang dikongsikan di atas untuk memberikan sedikit kelegaan.
Di samping meningkatkan pengambilan serat, galakkan juga tabiat mencuci tangan sebelum makan. Ini dapat membantu mengelakkan si manja dijangkiti kuman, antara penyebab anak sakit perut5.
Walau bagaimanapun, jika keadaan berlanjutan, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor segera.
Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.
Rujukan:
-
Why Extra Protein for Your Child Is Unnecessary – and Possibly Dangerous. Retrieved April 27, 2023 from: https://health.clevelandclinic.org/why-extra-protein-for-your-child-is-unnecessary-and-possibly-dangerous/.
-
Intestinal Enterokinase Deficiency. Retrieved April 27, 2023 from: https://emedicine.medscape.com/article/930249-overview#.
-
Gas and Bloating in Children: Care Instructions. Retrieved April 27, 2023 from: https://myhealth.alberta.ca/Health/aftercareinformation/pages/conditions.aspx?hwid=bz1073#.
-
Stomach Ache in children: How to know if it's serious. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/stomachache-in-children-how-to-know-if-its-serious.
-
Stomachaches. Retrieved April 27, 2023 from: https://kidshealth.org/en/kids/abdominal-pain.html.
-
Abdominal pain in children. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/abdominal-pain-in-children.
-
Reflexology and Foot Massage. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.mindstretch.co.za/2022/03/18/reflexology-and-foot-massage/.
-
How to Exercise with Irritable Bowel Syndrome. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.healthline.com/health/digestive-health/ibs-and-exercise#can-exercise-help.
-
The BRAT Diet. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.webmd.com/children/brat-diet.
-
Kids Gut Health: 4 Reasons Why Gut Health Is So Important. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.naturalsuperkids.com/kids-gut-health/.
-
What is hydrolyzed protein? Retrieved April 27, 2023 from: https://ask.usda.gov/s/article/What-is-hydrolyzed-protein.
-
Hae-Soo Kwak, Won-Jae Lee, Mee-Ryung Lee. Revisiting lactose as an enhancer of calcium absorption. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0958694611002160.
-
Benefits of lactose. Retrieved April 27, 2023 from: https://www.agropur.com/us/news/may-2022/Benefits-of-lactose.
- Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Retrieved April 27, 2023 from: https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#.